.

Ahad, 2008 November 16

What is D-Star*


D-STAR* (Digital Smart Technology for Amateur Radio) is an exciting new form of Amateur Radio that compliments other parts of the hobby including VHF, HF operation, Contesting and Satellite communications etc. Utilising digital communication and the Internet, D-STAR allows you to communicate worldwide with other operators who are connected to D-STAR* repeaters.

An Overview

D-STAR* (Digital Smart Technology for Amateur Radio), a standard published in 2001, is the result of years of research funded by the Japanese government and administered by the JARL to investigate digital technologies for amateur radio. D-STAR* is an open protocol - published by JARL, it is available to be implemented by anyone. Whilst Icom is the only company to date that manufactures D-STAR* compatible radios, any equipment or software that supports the D-STAR* protocol will work with a D-STAR* system.

In a D-STAR* system, the air link portion of the protocol applies to signals travelling directly between radios or between radios via a repeater. D-STAR* radios can talk directly to each other without any intermediate equipment or through a repeater using D-STAR* voice or data transceivers.

The gateway portion of the protocol applies to the digital interface between D-STAR* repeaters. D-STAR* also specifies how a voice signal is converted to and from the stream of digital data. The D-STAR* codec is known as AMBE® (Advanced Multiband Excitation) and the voice signal is transmitted in the D-STAR* system at 3600 bits/second (3.6 kbps).

D-Star* Digital Voice and Digital Data

The D-STAR* system supports two types of digital data streams. The Digital Voice (DV) stream used for example on 430-440 MHz contains both digitised voice (3600 bps including error correction) and digital data (1200 bps). Using a DV radio is like having both a packet link and FM voice operating simultaneously. The Digital Data (DD) stream, used only on 1.2 GHz, is entirely data with a bit rate of 128k bps. The data connection to a radio that uses DV is via an RS-232 interface or USB 1.0. An Ethernet connection is used for high-speed DD D-STAR data. Ordinary terminal emulation software (DV) or a Web browser (DD) will be sufficient for exchanging data.

D-STAR* is currently operating on UHF in the UK.

Sabtu, 2008 November 08

Echolink Circuit Yaesu & Icom.


Jika anda berminat mencuba homebrew sendiri membuat echolink, rtty, sstv circuit untuk Yaesu, Icom atau boleh di ubahsuai kepada set jenama yang lain. Selamat mencuba ...... 73 de 9w2sgt

Isnin, 2008 September 29

Mengapa callsign saya Sierra Golf Tango?



Sebuah repeater dibawah naungan 9M2TJO pada waktu itu (2004) mengizinkan swal yang sedang belajar untuk memduduki RAE menggunakannya di Johor Bahru. "Sierrra Golf Tango" saya ambil bagi mewakili dan memperkenalkan Daerah Segamat ke arena Radio Amatur.
Callsign tersebut saya gunakan ketika saya berkunjung di Johor Bahru sahaja, ramai rakan-rakan seangkatan dengan saya seperti: JOH, IBP, HBP, dan ABP .
Apabila telah lulus RAE saya ingin menukar kepada callsign yang lain tetapi tidak diizinkan oleh 9M2TJO, jadi terpaksalah saya gunakan 9W2SGT ( Segamat ) hinggalah sekarang...

Sejarah saya menuju ke Radio Amatur




Mengenai Radio Amatur yang pertama saya kenali ialah:

1) ASTRA
2) MARTS
3) MARES
4) JASRA

Saya mengenali Astra melalui cikgu Mokhtar 9W2MOK, semasa menjadi Marshall ( lumba basikal ) Jelajah Malaysia 2003. Dia menyatakan di Astra ramai rakan-rakan ham dan sentiasa berhubung daripada utara ke selatan. Pada waktu itu beliau sedang menumpukan perhatian untuk mengambil RAE dan dia ada mempelawa saya menyertai untuk mengambil ujian tersebut, tetapi sayang saya sudah terlewat untuk mendaftarnya...

Apakah Radio Amatur?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah
televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.
Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "
kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.
Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.

Walkie pertama



Ini adalah model walkie-talkie Icom IC-V68 yang pertama saya pada tahun 1995.
Pada mulanya saya jangkakan mungkin set ini boleh meliputi kawasan sekitar 7km, tapi sangkaan saya meleset maklumlah hanya menggunakan antena rubber darkie dan tiada asas Radio Amatur hanya sekitar dibawah 2km sahaja. Waktu itu saya masih tidak mengetahui tentang Radio Amatur yang ada di Malaysia.
Saya gunakan untuk berkonvoi bersama keluarga dan rakan-rakan sahaja. Pertama kali saya rasakan bahawa set ini boleh jarak jauh apabila saya berkonvoi bersama Abdul Hadi ke Genting Haighland, dimana waktu itu dia berada diatas puncak dan saya berada di bawah jarak melebihi 6km, saya berasa sungguh kagum dan saya mendapat satu kesimpulan bahawa ketinggian menjadi faktornya.
Dengan set ini jugalah membabitkan diri saya ke dalam ham. Ujian pemancaran pertama ialah bersama 9W2MG pada jarak dataran sekitar 6km daripada rumah saya ke base beliau. Saya menggunakan antena radio teleskopik terpakai pada ketinggian 5m daripada tanah.
Set ini juga menjadi repeater ujian pertama saya dan ia berkerja dengan sangat baik walaupun tiada tone card dan saya kagum dengan ketahanannya.
Berakhirnya riwayat set ini adalah di jadikan repeater yang mana sekarang sudah digantikan dengan set yang baru di 9M4RSG... sebelum ini adalah dinamakan sebagai repeater Segamat.

Bermulanya Hobi saya ...



Permulaan hobi saya mengenai elektronik 'hobby kits' adalah semasa bangku sekolah sekitar tahun 1983-1984 diwaktu itu saya berkenalan dengan seorang rakan Shamsul Bahri dimana beliau mengambil kerusus gaya pos (PEW) membaiki radio & tv. Banyak perkara tentang elektronik kami bincangkan bersama dalam pada itu saya dipertemukan dengan Abang Daud di Kuala Paya, beliau banyak menyimpan majalah mengenai elektronik hobi daripada luar negara.
Pada waktu itu saya sudah pun tahu wujudnya Radio Amatur melalui frekuensi yang tercatat di dalam nota kerusus gaya pos membaiki radio & tv , pada sangkaan saya itu mungkin di luar negara dan bukan di Malaysia.
Saya hanya berminat pada projek elektronik sahaja. Banyak juga projek elektronik yang mudah telah saya buat pada waktu itu, maklumlah pada masa itu untuk mencari bahan agak sukar dan saya menggunakan bahan kitar semula daripada radio/tv lama. Ada yang menjadi dan banyak juga yang tidak 'try and error'.
Escol Electronik Hobby, pada sekitar tahun 1986,1987 ada mengeluarkan banyak produknya. FM transmitter adalah yang pertama saya beli daripadanya, dan dari situ bermulalah minat mengenai komunikasi wireless...